Monday, May 18, 2009

~pEtUa KeCaNTIKan~

PETUA KECANTIKAN

khas wat ina yang tengah tgk midnight movie...
kih3..

---------------------------------------------------------------------------

Menghilangkan Jerawat


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup .
Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .
Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda .
Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian
ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan ,
muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak .
Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.
Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil
beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air
panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu.
Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan
anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,
kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi
licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat
pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah,
jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 :
Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).
Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua.
Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali
seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan
biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari
sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci
dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu
tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke
seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air
suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi
jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di
sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan
pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
----------------------------------------------------------------------------
Menghilangkan Bekas Jerawat


Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya.
Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air
perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari
selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan
serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat.
Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk
lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh
pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira
setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap
kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga
juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat
di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak
sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda
hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam
sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut
boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam
botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah.
Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah
dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka
terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada
wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air
suam.
---------------------------------------------------------------------------------------


Petua 1 :
Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Petua 2 : Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

Petua 3 : Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

Petua 4 : Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.

Petua 5 : Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Petua 6 : Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: aku de baca satu forum ni.... diorang cakap garnier bagus....kih3..

=n_n=

No comments:

Post a Comment