Monday, January 4, 2010

jawatan kosong kerajaan dan swasta

Jawatan kosong : Institut Kajian Rantau Asia Barat, UKM

Posted: 02 Jan 2010 10:23 PM PST



Tawaran Sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) / Pembantu Penyelidik (RA),IKRAB, UKM. Tawaran dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) atau Pembantu Penyelidik (RA) dalam penyelidikan berkaitan dengan Diaspora rakyatMalaysia di Negara Teluk:

Tempoh projek: 2 tahun (Januari 2010 – Disember 2011)
Lantikan: Setiap 6 bulan (sambungan kontrak bergantung kepada prestasi)
Elaun bulanan: RM 1600.00

Kriteria-kriteria yang di perlukan adalah seperti berikut :

•Pelajar Sarjana / mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang
•Mempunyai minat yang tinggi dalam penyelidikan
•Mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (terutama penulisan)
•Mahir menganalisis data menggunakan SPSS
•Boleh bekerja dengan pengawasan minima
•Komited dalam tugasan yang akan diberikan

CARA MEMOHON

Kepada calon yang berminat, sila hantarkan resume (CV) anda SEGERA, melalui e-mail noorrulab@ukm.my / pghikrab@ukm.my pada atau sebelum 15 Januari 2010 (Jumaat). Bagi yang layak, pihak IKRAB akan mengaturkan sesi temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Tarikh tutup : 15 Januari 2010

Jawatan kosong : Bank Rakyat

Posted: 02 Jan 2010 10:37 PM PST



Jawatan kosong di Kuala Lumpur.

Jawatan

1. Eksekutif Perhubungan Perusahaan

Taraf Jawatan: Tetap

Syarat Kelayakan:
-Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 30 tahun.
-Memiliki kelulusan minima di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
-Mempunyai minima 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
-Berpengetahuan dalam Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
-Mempunyai kemahiran mengurus dan memimpin serta mampu berinteraksi dengan baik.

Permohonan boleh dibuat secara bertulis kepada:

Pengurus,
Jabatan Perjawatan & Perancangan Tenaga Kerja,
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad,
Tingkat 13, Bangunan Bank Rakyat,
Jalan Tangsi, Peti Surat 11024,
50732, Kuala Lumpur

Tarikh tutup : 18 Januari 2010

Jawatan kosong : Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

Posted: 02 Jan 2010 10:53 PM PST



Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat kami seperti berikut :

Jawatan

1. Ketua Unit Peka
2. Penulis Laman Web (Bahasa Inggeris)
3. Pegawai Perhubungan Pelanggan
4. Pegawai Pra Audit
5. Pegawai Pelatih Dan Implementasi
6. Pegawai ICT
7. Penolong Pegawai Projek Khas (Aircond)
8. Kerani Projek Khas (Kerepek)
9. Kerani
10. Pembantu Am
11. Pegawai Pelajaran
12. Pegawai Penyiasatan Dan Pendakwaan
13. Pemandu
14. Pegawai Pra Audit
15. Pegawai Urusan Potongan

[ * IKLAN LENGKAP * ]

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

Pengurus Umum
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya,
46798 Petaling Jaya, Selangor

Tarikh tutup : 11 Januari 2010

Jawatan kosong : Perbadanan Perwira Harta Malaysia

Posted: 02 Jan 2010 10:27 PM PST



Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dimiliki penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

1. Setiausaha Kepada Pengerusi

Kelayakan:
-Mempunyai Diploma dalam bidang Kesetiausahaan atau berkaitan
-Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun
-Fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris (percakapan dan penulisan)
-Perwatakan menarik
-Berkemahiran menggunakan komputer


2. Eksekutif Pemasaran

Kelayakan:
-Mempunyai Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan
-Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun
-Fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris (percakapan dan penulisan)
-Perwatakan menarik
-Berkemahiran menggunakan komputer


3. Eksekutif Akaun

Kelayakan:
-Mempunyai Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan
-Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun
-Berpengetahuan dalam mengendalikan "full set account"
-Fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris (percakapan dan penulisan)
-Berkemahiran menggunakan komputer


4. Kerani

Kelayakan:
-SPM dan lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk ujian lisan)
-Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan


Calon-calon yang berminat boleh menghantar butiran peribadi berserta gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan menyatakan gaji yang diminta dan dihantar kepada:

Pengurus Besar,
Perbadanan Perwira Harta Malaysia,
Tingkat 9, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-21426144
Faks: 03-21422170

Sila tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

Tarikh tutup : 8 Januari 2010


Jawatan kosong : Meditop Corporation (M) Sdn Bhd

Posted: 02 Jan 2010 10:11 PM PST



Syarikat pengeluar peralatan perubatan berasaskan plastik dari Jepun yang telah beroperasi 20 tahun di Bandar Baru Bangi.

Jawatan

Pembantu Pegawai Jabatan Sumber Manusia

Skop kerja

- secara am: Membantu tugasan eksekutif Sumber Manusia
- key-in dan monitor kedatangan pekerja, cuti dan peralatan (800-1000 pekerja)
- back-up tugas receptionist dan koordinator uniform
- liase dengan jabatan akaun untuk invois dan bayaran yang berkaitan
- monitor dan uruskan alat tulis dan perubatan utk 1st aid
- membuat lawatan ke hospital sekiranya ada pekerja masuk ke wad

Kelayakan

- Diploma/Degree dalam apa-apa bidang(Pengurusan - advantage)
- Sekurang-kurangnya berpengalaman 1 atau 2 tahun dalam pengurusan di sektor perkilangan (advantage)
- Berpengetahuan dalam ISO9001, ISO14001 dan OHSAS18001 (advantage)

Maklumat tambahan

- Bagus dalam lisan dan tulisan - BM & BI
- Bagus dalam komputer dan Microsoft office (Word, Excel, Access & PowerPoint)
- Cergas bertenaga, tidak pemalu, boleh bekerja tanpa pengawasan, inisiatif sendiri
- Mesti ada lesen memandu dan punyai kenderaan sendiri (sebaiknya kereta)
- Berumur di antara 23-29 tahun
- Boleh mula bekerja secepat mungkin

Cara memohon

Sila hantar resume ke radzif@meditop.com.my dengan menyatakan gaji terkini dan gaji yang dijangka.

Tarikh tutup : Februari 2010


No comments:

Post a Comment